Tentang Pemilik Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Seperti yang aku janjikan pada entri lepas, aku akan cerita serba sedikit tentang diri ku. First of all, nama diberi Siti Nurul Nadzirah binti Asse dan berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah.


As for my academic background, selepas mendapat keputusan SPM, aku melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Labuan dan alhamdulillah aku berjaya menamatkan pengajian dengan baik *bagi aku la*.


Kesinambungan daripada kejayaan ku di matrikulasi, aku berjaya mendapatkan tempat di IPTA yang aku idamkan. Universiti yang manakah itu? Jeng jeng jeng. Alhamdulillah, sekarang aku sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jurusan yang aku ambil adalah Sains Komputer (SK) yang bernaung di bawah Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) di UKM.


Alhamdulillah, sudah sebulan aku di sini dan semuanya baik-baik saja. Aku beruntung kerana mempunyai roommate dan jenjiran bilik yang mengambil jurusan sama seperti ku so, senang lah kitorang nak bincang-bincang benda yang kitorang tak faham. Tutor mate aku pun best juga, semua baik-baik belaka.


Panjang pula aku cerita, mesti korang bosan nak baca kan? Ingatkan nak letak gambar supaya tak lah entri ni bosan sangat tapi apakan daya, aku tidak berjaya menemukan gambar yang sesuai. Lagi satu, entri ni diupdate menggunakan smartphone so memang agak payah lah nak masukkan gambar ke dalam entri.


Rasanya itu sahaja untuk masa ni. InshaAllah, kalau ada masa aku akan cuba untuk merajin-rajinkan diri ini untuk mengemas kini blog tersayang ni. Till then, see you guys!

Entri Pendek

Assalamualaikum. Akhirnya, blog ini kembali bernyawa setelah 3 tahun aku tinggalkan begitu sahaja. Tetiba pula rasa rindu mau berblog, so aku buat keputusan untuk 'retrieve' dan 'renovate' blog ni.

Aku masih lagi mengguna link yang sama seperti dahulu, meskipun ia kelihatan tidak matang untuk aku yang semakin meningkat dewasa ni. Ehehe. Biar lah yang penting masih comel, kan?

Memandangkan ini merupakan entri pertama untuk blog ku yang berwajah baru ni, elok lah aku berhenti di sini dahulu kerana memang aku berniat untuk tidak meletakkan sebarang isi-isi penting mahupun kisah teladan dalam post ni. InshaAllah, aku akan bercerita tentang diriku secara ringkas pada entri akan datang.

Sekian, terima kasih sudi baca entri ni.