Entri Pendek

Assalamualaikum. Akhirnya, blog ini kembali bernyawa setelah 3 tahun aku tinggalkan begitu sahaja. Tetiba pula rasa rindu mau berblog, so aku buat keputusan untuk 'retrieve' dan 'renovate' blog ni.

Aku masih lagi mengguna link yang sama seperti dahulu, meskipun ia kelihatan tidak matang untuk aku yang semakin meningkat dewasa ni. Ehehe. Biar lah yang penting masih comel, kan?

Memandangkan ini merupakan entri pertama untuk blog ku yang berwajah baru ni, elok lah aku berhenti di sini dahulu kerana memang aku berniat untuk tidak meletakkan sebarang isi-isi penting mahupun kisah teladan dalam post ni. InshaAllah, aku akan bercerita tentang diriku secara ringkas pada entri akan datang.

Sekian, terima kasih sudi baca entri ni.